Adobe Photoshop CS6 Beta Kini Sedia Dimuat-Turun Semua

Adobe Photoshop CS6 Beta Kini Sedia Dimuat-Turun Semua

Diterbitkan pada Mac 22, 2012 oleh .

Setelah beberapa video promosi untuk Adobe Photoshop CS6 diperlihatkan sebelum ini, hari ini pihak pembangun aplikasi grafik terkemuka itu telah pun melancarkan versi ujian pertama untuk aplikasi itu, membolehkan pengguna seluruh dunia memuat-turun Adobe Photoshop CS6 Beta.

Melaluinya pelbagai sokongan baru disertakan, membawakan antaramuka yang serba-baru dan dikemaskini, prestasi yang lebih pantas lagi, beberapa aplikasi tambahan baru, berserta sokongan yang pernah diperlihatkan oleh Adobe melalui video sebelum ini.

Kami masih belum mencubanya buat masa ini, dan akan membawakan artikel lanjut berkaitan ulasan aplikasi Adobe Photoshop CS6 Beta secara berasingan. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri aplikasi grafik generasi baru daripada Adobe, dimana versi akhirnya disasarkan akan dilancarkan sekitar pertengahan tahun ini kelak.


TIPS & ULASAN