Carian
Google Melancarkan YouTube Malaysia Secara Rasminya
March 22, 2012 Aman

Sejak daripada awal hari ini, laman YouTube Malaysia telah pun aktif dan boleh dilayari oleh semua pengguna tempatan mahupun global. Dan sebentar tadi, Google telah pun secara rasminya melancarkan YouTube Malaysia, membawakan beberapa sokongan tambahan laman video terkemuka itu kepada pengguna tempatan.

Melaluinya, Google mengumumkan yang mana di Malaysia sahaja, sebanyak lebih 30% aktiviti dihabiskan pada laman sosial oleh para pengguna tempatan, dan melalui YouTube, pengguna Malaysia menonton video sepanjang lebih 1 juta jam setiap hari di YouTube.

Bersama-sama dengan pelancarannya, beberapa syarikat media tempatan, seperti Astro Malaysia dan KRU Studios turut sama telah bekerjasama dalam membawakan kandungan mereka melalui YouTube, manakala dari segi pengiklan tempatan pula, YouTube telah pun mendapat beberapa nama besar, termasuk MAS, Maxis, dan sebagainya.

Bagi para pengguna tempatan yang melayari laman YouTube bermula hari ini, mungkin akan diperlihatkan dengan versi tempatan, yang disertakan bersama sebuah logo khas. Untuk mengubahnya kepada versi global, ataupun sekiranya anda tidak menerimanya, dan ingin menggunakan YouTube Malaysia, boleh melakukannya dengan mudah dengan mengubah pilihan negara pada bahagian bawah laman YouTube.

Komen