Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan ramai, hari ini, Rovio telah pun secara rasminya melancarkan permainan Angry Birds versi baru, yang mana mengintegrasikan elemen-elemen angkasa lepas dan graviti, dinamakan sebagai Angry Birds : Space. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma dan berbayar berasaskan platform yang anda gunakan.

Melalui Angry Birds : Space, ia membawakan watak baru bersama dengannya, termasuk lebih 60 tahap permainan berbeza. Menariknya padanya adalah termasuk sokongan beberapa kuasa permainan baru, termasuk permainan berasaskan graviti yang amat menarik sekali.

Bagi anda yang berminat boleh memuat-turunnya secara percuma untuk Android manakala secara berbayar untuk pengguna iOS, Mac OS X dan juga Windows. Versi pelayar web masih belum diperkenalkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd