Pengukur Pengecasan Bateri Pada iPad Baru Mungkin Tidak Tepat

Pengukur Pengecasan Bateri Pada iPad Baru Mungkin Tidak Tepat

Diterbitkan pada Mac 23, 2012 oleh .

Nampaknya, sekali lagi kita mendengar berkenaan dengan iPad 3, dan kali ini berkaitan dengan bateri padanya. Seperti semua sedia maklum, iPad 3 membawakan bateri yang berkapasiti lebih tinggi padanya, dan memerlukan masa yang lebih lama untuk mengecas penuh. Namun, apa yang didapati oleh penggunanya adalah iPad kekal mengecas apabila ia mencapai angka 100% padanya.

Ia diperkatakan, angka 100% yang diperlihatkan pada iOS tidak bermakna iPad tersebut telah dicas penuh, sebaliknya ia perlu kekal dicas untuk mendapatkan prestasi penggunaan bateri yang betul, seperti mana yang dijanjikan akan membawakan penggunaan selama 10 jam.

Masalah berkaitan dengan gambaran bateri dicas 100% pada iPad baru itu tidak diketahui samada adakah masalah terhadap iOS sendiri ataupun bagaimana. Pihak Apple seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berkaitan dengan perkara ini.


TIPS & ULASAN