TweetDeck Dikemaskini Kepada Versi 1.3 – Membawakan Pelbagai Sokongan Baru

TweetDeck Dikemaskini Kepada Versi 1.3 – Membawakan Pelbagai Sokongan Baru

Diterbitkan pada Mac 23, 2012 oleh .

TweetDeck merupakan salah satu aplikasi Twitter yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia, dan hari ini, TweetDeck baru dilancarkan iaitu TwetDeck 1.3, membawakan beberapa kemaskini padanya, bersama-sama dengan beberapa sokongan baru.

Salah satu perkara baru padanya adalah sokongan menguruskan senarai Twitter anda dengan mudah terus padanya. Kini anda boleh menambah pengguna pada senarai yang dibangunkan oleh anda, dan membuangnya, tanpa perlu memasuki ke laman Twitter seperti sebelumnya.

Sokongan paparan media juga dikemaskini, dimana seperti sebelumnya, anda boleh melihat media seperti gambar, video dan pelbagai perkara lain terus dengan mudah pada TweetDeck, tanpa perlu membuka pelayar web anda, dengan lebih pantas lagi berbanding sebelumnya.

Sokongan untuk mengedit sesuatu Tweet itu diperkenalkan kembali, membolehkan anda mengubah sesuatu Tweet itu sebelum ReTweet-nya. Selain daripada itu, sama seperti pada laman utama, TweetDeck baru ini juga membawakan sokongan aktiviti, membolehkan apa interaksi yang dilakukan oleh rakan anda terhadap tweet-tweet daripada anda.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi TweetDeck secara percuma untuk Windows dan Mac, ataupun bagi pengguna sedia ada boleh mengemaskininya dengan mudah melalui sokongan kemaskini automatik. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh menggunakan aplikasi TweetDeck pada Chrome, ataupun menggunakan versi webnya.


TIPS & ULASAN