Cari @ Amanz

Apakah akan berlaku apabila peminat sesorang artis itu terdiri daripada para geek dan peminat komputer? Itulah yang berlaku hari ini, apabila pembangun tempatan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan pengodam melancarkan sistem operasi ShilaOS mendedikasikan ia untuk para peminat Shila Amzah.


ShilaOS – Skrin Boot


ShilaOS – Desktop


ShilaOS – Pelayar Web

ShilaOS dilihat dibangunkan berdasarkan kepada Ubuntu Linux, dan menyertakan pelbagai sokongan yang biasa terdapat, termasuk aplikasi pejabat, aplikasi sosial, multimedia dan sebagainya. Kami masih lagi tidak berpeluang mengujinya lagi (disebabkan kepantasan internet), dan tidak ketahui samada adakah ianya mengintegrasikan beberapa fungsi khas untuk peminat Shila Amzah, seperti kemaskini Twitter, YouTube dan blog daripada beliau yang dipaparkan secara langsung melalui notifikasi dan sebagainya.

Pembangunan projek ini juga dilihat mendapat sokongan beberapa kumpulan pengodam di Malaysia, termasuk Whitecode Malaysian Crewz, DragonForce Malaysia, Phantoms Crew, Rileks Crew dan ramai lagi.

ShilaOS boleh dimuat-turun secara percuma hari ini, dan jangan lupa berikan maklumbalas anda setelah mencubanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd