Cari @ Amanz

Setelah diumumkan secara rasmi pada Oktober tahun lepas, akhirnya, hari ini, Motorola Mobility Malaysia telah pun mengumumkan dan melancarkan peranti Android terbaru mereka, iaitu Motorola Atrix 2 untuk pasaran tempatan, dan akan dijual pada harga bermula RM1,399, dan disertakan bersama-sama dengan sebanyak 10 permainan secara percuma.

Melalui Atrix 2, ia dijana menggunakan Android 2.3.5 Gingerbread, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, sokongan grafik Advanced 3D Graphics Acceleration, dan juga storan terbina sebanyak 8GB, dengan memori 1GB Dual Channel RAM. Peranti ini dioptimasikan sepenuhnya untuk memainkan permainan dengan grafik yang menarik, dan mungkin ianya salah satu sebab mengapa Motorola menyertakan sebanyak 10 permainan bersama-sama dengannya secara percuma. Dari segi skrin pula, ia membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 960×540.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada pengedar seluruh negara pada harga RM1,399. Buat masa ini, tiada sebarang syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd