HTC One X Di Malaysia Dalam Seminggu Dua Lagi

HTC One X Di Malaysia Dalam Seminggu Dua Lagi

Diterbitkan pada Mac 23, 2012 oleh .

Pada Mobile World Congress yang lepas, salah satu peranti yang menarik perhatian ramai adalah daripada HTC. Selain memperkenalkan keluarga baru dibawah penjenamaan HTC One, kini ia dikatakan HTC One X akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat, mungkin pada penghujung Mac ataupun pada minggu pertama April kelak.

Melalui laman Cubic Platform, mereka telah pun menerima peranti untuk diuji, dan mengatakan mereka akan memulakan jualan pada minggu hadapan ataupun pada awal April kelak. Namun, berbeza melalui laman Superbuy, yang mengatakan jualan akan dimulakan pada minggu hadapan, dan mempunyai harga jualan sekitar RM2099.

Melalui HTC One X, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz, dijana menggunakan Android 4.0 dengan antaramuka HTC Sense, skrin sentuh bersaiz 4.7-inci dengan paparan HD, kamera 8-megapixel dengan sokongan F2.0 Aperture, dan kamera hadapan 1.3-megapixel untuk panggilan video. HTC One X merupakan peranti utama keluarga HTC One, dimana ia turut didatangkan dengan kebolehan rakaman gambar yang amat menarik, selain sokongan audio Beats yang disertakan bersama.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan dengan peranti baru daripada HTC ini tidak lama lagi.

Tips daripada ApaMau. Gambar : Cubic Platform.


TIPS & ULASAN