Cari @ Amanz

Opera merupakan antara yang terawal memperkenalkan pelayar web mudah-alih mereka untuk telefon mudah-alih sebelum ini, dan kini mereka melangkah pantas, dan bakal memperkenalkan pelayar web untuk televisyen tidak lama lagi. Melalui pelayar web Opera untuk televisyen, ia bakal menyokong semua televisyen berasaskan Android dan juga Linux.

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna melayari laman web dengan mudah melalui televisyen mereka, selain dioptimasikan sepenuhnya untuk digunakan bersama-sama alat kawalan jauh televisyen. Sama seperti pada komputer, ia turut menyokong tab dan beberapa fungsi asas, selain pada masa yang sama, ia turut boleh di sync bersama pelayar web Opera anda pada tablet dan komputer.

Opera Software dijangka akan melancarkan pelayar web untuk televisyen ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd