Cari @ Amanz

LibreOffice Cloud Bakal Dilancarkan Pada Bulan Hadapan – Bersaing Dengan Google Docs

Oleh Aman

Link Copied!

Google Docs boleh dikatakan merupakan salah satu aplikasi pejabat berasaskan awan yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia. Selain daripada Google Docs, terdapat beberapa alternatif lain, termasuk daripada Microsoft sendiri. Dan kini, pembangun aplikasi pejabat sumber terbuka, The Document Foundation, telah pun mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan LibreOffice Cloud pada bulan hadapan.

Melalui sokongan LibreOffice Cloud, ia bakal membolehkan para pengguna menyimpan fail mereka pada awan dengan mudah, dan membolehkan para pengguna mengakses dengan pelbagai peranti dan mengedit dengan mudah melaluinya.

LibreOffice Cloud dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan, dan aplikasi untuk Android turut akan dilancarkan pada bulan hadapan, dan diikuti dengan versi iOS seterusnya.


Komen ()