Angry Birds Space Bakal Datang Ke Windows Phone

Angry Birds Space Bakal Datang Ke Windows Phone

Diterbitkan pada Mac 23, 2012 oleh .

Semalam, Rovio telah pun melancarkan Angry Birds Space kepada pelbagai platform, iaitu untuk Windows, Mac, Android dan juga iOS. Namun, untuk platform yang mudah-alih daripada Microsoft, iaitu Windows Phone, Rovio tidak melancarkannya, sekaligus ramai membuat spekulasi yang mana Rovio meninggalkan platform tersebut.

Namun, ianya bukanlah sebegitu, apabila kini CEO Rovio sendiri telah mengeluarkan kenyataan melalui Reuters yang mana mereka akan melancarkan untuk platform Windows Phone tidak lama lagi, dan sedang membangunkan untuknya. Tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak Rovio buat masa ini.

Selain daripada platform Windows Phone 7, Rovio juga tidak mengeluarkan Angry Birds Space untuk platform BlackBerry, sekaligus menjadi tanda tanya adakah ia akan mengeluarkannya kelak ataupun mereka tidak akan mengeluarkan permainan tersebut untuk platform tersebut lagi selepas ini.


TIPS & ULASAN