Maybank Membawakan Sokongan Perbankan Melalui USSD

Maybank Membawakan Sokongan Perbankan Melalui USSD

Diterbitkan pada Mac 24, 2012 oleh .

Pada peranti mudah-alih mungkin ramai biasa menggunakan perkhidmatan USSD yang mana biasanya digunakan oleh pengguna tempatan untuk menyemak baki, menambah nilai dan sebagainya. Dan kini, ia kelihatan Maybank selain menyediakan aplikasi mudah-alih, turut menawarkan sokongan USSD untuk perkhidmatan perbankan mudah-alih mereka.

Melaluinya, ia menyokong Maxis dan Celcom buat masa ini, dimana para pengguna dikenakan caj sebanyak RM0.20 untuk penggunaan selama 2 minit. Perkhidmatan ini membolehkan para pengguna mengakses akaun Maybank mereka, menyemak baki, dan membuat pemindahan wang dan sebagainya dengan mudah. Anda juga boleh membuat pembayaran bil dengan mudah menggunakannya.

Untuk menggunakannya anda perlu mendaftarkan pada laman Maybank2U pada bahagian Mobile Banking, dan seterusnya, setelah disahkan angka telefon mudah-alih anda, anda boleh mengakses perkhidmatan Maybank dengan hanya mendail *500*888#.

Tips awal daripada Omar.


TIPS & ULASAN