Carian
DiGi WWWOW Awards Kembali Untuk Tahun 2012
March 24, 2012 Aman

Pada tahun lepas, mungkin ramai yang sedia ketahui, DiGi telah pun mengadakan anugerah khas untuk internet, dinamakan sebagai DiGi WWWOW Awards. Kini, anugerah yang sama kembali untuk tahun ini, memperlihatkan mereka menambah beberapa kategori baru, disamping cara pertandingan yang berubah sedikit berbanding tahun lepas. Selain daripada untuk blog, kategori baru yang dipertandingkan termasuk untuk meraikan para pembangun aplikasi tempatan, melalui kategori baru dinamakan Samsung App of The Year.

Jikalau untuk tahun lepas, hadiah pertandingan seperti tidak jelas dan sebagainya, untuk tahun ini, mereka menyenaraikan apakah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh setiap ketegori terlebih dahulu, memberikan idea awal kepada peserta.

Walaubagaimanapun, ia kelihatan sokongan pengundian masih lagi belum diaktifkan oleh pihak DiGi WWWOW buat masa ini. Ia masih lagi tidak diketahui apakah dan bagaimana ianya akan berfungsi kelak, memandangkan beberapa pemenang tahun lepas, seperti menggunakan kaedah yang salah (melalui sokongan bot dan sebagainya) telah memenangi hadiah, dan kelihatan telah mematikan blog mereka selepas memenangi hadiah tersebut. Mungkin DiGi perlu mengatasi masalah tersebut, dan memberikan perhatian serius untuknya.

Dan seperti biasa, pihak DiGi turut menyenaraikan Amanz pada kategori Fave Tech Head untuk DiGi WWWOW Awards 2012.

Komen