Cari @ Amanz

WordPress merupakan salah satu platform blog yang digunakan secara popular di seluruh dunia, dimana bukan sahaja untuk menulis blog, malah lebih daripadanya, seperti membangunkan kedai atas-talian dan sebagainya. Kini, untuk tahun ini, pembangun WordPress mensasarkan untuk melancarkan dua versi, iaitu WordPress 3.4 dan juga WordPress 3.5.

Melalui WordPress 3.4 kelak, salah satu fungsi baru yang akan didatangkan bersama adalah sokongan untuk mengubah rekabentuk dan susunan blog dan laman yang menggunakan WordPress dengan lebih mudah lagi, berbanding sedia ada.

Melaluinya, ia akan memudahkan para pengguna WordPress yang baru, mengubah kedudukan beberapa perkara seperti latar belakang, menu, halaman utama, dan sebagainya dengan mudah, tanpa perlu mengubah pada bahagian kod seperti sebelumnya,

Pada masa yang sama, WordPress 3.4 juga akan turut sama menumpukan perhatian kepada sokongan bahasa lain, seperti pada RSS, widget yang boleh dialih-bahasa, dan banyak lagi. Ia juga akan menyertakan sokongan oEmbed untuk Twitter.

Walaubagaimanapun, tema tahunan, iaitu Twenty Twelve tidak akan diperkenalkan pada WordPress 3.4, sebaliknya hanya akan hadir pada WordPress 3.5 sekitar bulan Oktober atau November kelak. Namun, bagi anda yang ingin mencuba tema baru WordPress ini, mungkin boleh memuat-turunnya daripada GitHub, dan mencubanya sendiri.

WordPress 3.4 disasarkan untuk dilancarkan sekitar bulan April atau Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd