Cari @ Amanz

Firefox 14 Membawakan Integrasi Sokongan PDF Melalui PDF.js

Oleh Aman

Link Copied!

Bagi para pengguna Google Chrome, mungkin perasan akan yang ianya mempunyai pembaca dokumen PDF terbina bersama pada pelayar web tersebut. Dan Mozilla juga sedang melakukan perkara sama melalui PDF.js yang dijangka akan diintegrasikan dan diperkenalkan bersama-sama Firefox 14 kelak.


Sokongan PDF Pada Firefox Nightly [via]

Melalui PDF.js, ia menggunakan sokongan HTML5 bersama-sama JavaScript dalam memperlihatkan dokumen PDF terus pada pelayar web tanpa sebarang aplikasi tambahan. Ia membolehkan anda membaca dokumen PDF terus pada pelayar web, tanpa sebarang aplikasi tambahan, dan dibuka melalui tab baru padanya, disertakan bersama pelbagai fungsi asas seperti menavigasi mengikut halaman, zoom dokumen, mahupun mencetaknya dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, boleh menguji sokongan PDF.js yang didatangkan bersama-sama pada Firefox 14 versi pembangunan sekarang. Namun, ia masih lagi tidak diaktifkan sepenuhnya, dan boleh diaktifkan melalui menu Extensions padanya. Selain daripada mengujinya pada Firefox 14 Nightly, para pengguna Firefox sedia ada, boleh memuat-turunnya dan menggunakannya pada Firefox versi stabil atau sebarang perkara yang anda gunakan melalui Extension yang disediakan oleh Mozilla.


Komen ()