Setelah Microsoft melancarkan Windows 8 Beta ataupun yang mana dikenali sebagai Windows 8 Consumer Preview kepada umum pada bulan lepas, kini ura-ura awal berkenaan dengan versi pembangunan seterusnya, iaitu Windows 8 Release Candidate telah pun mula kedengaran.
Melalui laporan awal, ia dikatakan Windows 8 Release Candidate bakal dilancarkan sekitar lewat Mei atau awal Jun kelak, iaitu dalam masa lebih kurang dua bulan lebih lagi. Jikalau ianya benar, maka ia konsisten dengan ura-ura dan beberapa laporan sebelum ini mengatakan Microsoft bakal melancarkan Windows 8 versi stabil kepada umum pada bulan Oktober kelak.
Beberapa perubahan yang dijangka akan diperlihatkan pada Windows 8 termasuklah dari segi sokongan Charm Bar, Internet Explorer 10, sokongan input bahasa, dan beberapa perubahan lain lagi.
Sementara menantikannya, mungkin para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Windows 8 Consumer Preview, dan mendapatkan pengalaman penggunaannya terlebih dahulu, ataupun membaca ulasan mengenainya yang pernah dikeluarkan sebelum ini.