Cari @ Amanz

FoodPanda Bakal Memudahkan Para Pengguna Membuat Tempahan Makanan Atas-Talian

Oleh Aman

Link Copied!

Dalam memudahkan para pengguna tempatan membuat tempahan meja di restoran, salah satu aplikasi yang menarik digunakan adalah TableFour.Us. Namun, bagaimana sekiranya anda ingin terus mendapatkan makanan anda dihantar ke rumah? Kini kelihatan, Rocket Internet sedang giat membangunkan perkhidmatan tersebut, dan bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Rocket Internet yang sedia dikenali dengan beberapa laman jualan mereka, seperti Zalora, dan terbaru Lazada yang masih belum dilancarkan di Malaysia, bakal melancarkan perkhidmatan FoodPanda di Malaysia tidak lama lagi.

Melalui FoodPanda, mereka memfokuskan untuk memudahkan para pengguna menempah makanan melalui atas-talian, dan mendapatkannya terus di rumah mereka. Walaubagaimanapun, jenis makanan dan kawasan yang mereka akan liputi masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah FoodPanda Malaysia akan dilancarkan. Selain daripada untuk pengguna Malaysia, Rocket Internet juga dijangka akan melancarkannya di Thailand, Singapura dan Indonesia.


Komen ()