Cari @ Amanz

Facebook Membawakan Sokongan Paparan Skrin Penuh Untuk Gambar

Oleh Aman

Link Copied!

Facebook merupakan salah satu platform yang digunakan dengan aktif untuk berkongsi gambar, dikalangan para jurugambar, mahupun mereka yang berkongsi grafik dan gambar melalui telefon mudah-alih mereka. Dan dalam usaha memudahkan para pengguna melihat gambar pada skrin penuh, kini dilihat Facebook mengintegrasikan sokongannya pada laman sosial terkemuka itu.

Kini, apabila anda melihat sesuatu gambar pada Facebook, sebuah pilihan khas akan diperlihatkan, membolehkan anda memaparkan dan melihat gambar pada skrin penuh, dan memfokuskan kepada gambar sepenuhnya. Namun, salah satu perkara yang mengejutkan adalah tiada sebarang integrasi iklan diperlihatkan padanya. Mungkin ianya kerana terlalu awal, ataupun mungkin pihak Facebook tidak ingin memperlihatkan iklan padanya.

Ia juga dipaparkan dalam bentuk slaid, membolehkan anda bergerak dari satu gambar ke gambar yang lain dengan mudah. Walaubagaimanapun, sokongan yang sama untuk video masih lagi belum diaktifkan buat masa ini, dan masih tidak diketahui samada adakah Facebook akan memperkenalkannya ataupun tidak.

Terima kasih Efy Shafek


Komen ()