Instagram Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Aplikasi Android

Instagram Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Aplikasi Android

Diterbitkan pada Mac 25, 2012 oleh .

Instagram merupakan salah satu aplikasi yang popular pada platform iOS, dengan mempunyai lebih daripada 27 juta pengguna seluruh dunia. Selepas Instagram mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan aplikasi mereka untuk Android, hari ini, pendaftaran minat untuk menjadi yang terawal untuk menggunakan Instagram untuk Android telah pun dimulakan.

Android Instagram

Melaluinya, ia membolehkan anda menerima emel notifikasi sebaik sahaja aplikasi tersebut berada pada Google Play market kelak. Ia juga pada masa yang sama memberikan petanda, akan melancarkan aplikasi tersebut untuk platform Android, tidak lama lagi.

Bagi yang tidak mengenali akan Instagram, ia merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan para pengguna menambah efek dan beberapa perkara lain kepada gambar yang dirakamkan mereka, sebelum boleh berkongsi dengan rakan-rakan lain dengan mudah.

Di Android Market sahaja terdapat beberapa aplikasi alternatif lain untuk Android, termasuk salah satu yang popular adalah Molome.

Laporan asal di Droid.my. Terima kasih @Piratz.


TIPS & ULASAN