Cari @ Amanz

Pada dunia hari ini, mengetahui bahasa tambahan, terutamanya bahasa Inggeris merupakan salah satu perkara penting. Mungkin ramai mempunyai cara tersendiri untuk mempelajarinya, dan dalam terus menambah pengetahuan berkaitan dengan perkataan-perkataan baru dan cara menyebutnya, mungkin anda boleh mencuba Pronunciation Book.

Pronunciation Book adalah salah satu saluran khas di YouTube, yang menawarkan video amat ringkas, dibawah 30 saat, memperlihatkan perkataan dan cara menyebutnya.

Namun, untuk mendapatkan maksudnya, para pengguna boleh merujuk kepada keterangan video tersebut, yang memberikan keterangan dan maksud berkaitan perkataan yang dipelajari itu.

Jadi, bagi anda yang ingin mempelajari pelbagai perkataan bahasa Inggeris baru, mungkin boleh merujuk kepada Pronunciation Book, dan menambah pengetahuan anda dari hari ke hari.

Kandungan berbentuk video dibawakan khas oleh Syed Syahrul untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter melalui @syedsyahrul.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd