Street View Bakal Memulakan Pengambaran Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Street View Bakal Memulakan Pengambaran Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 25, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang dinantikan oleh ramai pengguna tempatan mahupun antarabangsa, adalah sokongan Street View di Malaysia. Namun, melalui pelancaran Street View di Thailand pada hari Jumaat yang lepas, ia diperkatakan Street View akan memulakan rakaman di Malaysia tidak lama lagi.

Buat masa ini, tiada sebarang informasi rasmi mengenai pelancarannya. Melalui Reuters, ia dikatakan Google akan memulakan pengambaran untuk Street View Malaysia dalam masa terdekat. Pihak Google Malaysia sendiri diperkatakan akan memperkenalkan sesuatu yang baru berkaitan dengan produk Google Maps mereka dalam seminggu dua ini. Namun, mengikut apa yang kedengaran, ianya tiada kaitan dengan Street View, dan lebih kepada produk utama mereka Google Maps itu sendiri, dan fungsi baru yang memfokuskan pengguna tempatan.

Sebelum ini, pihak Google Malaysia telah mengatakan yang mana mereka sedang mengumpulkan maklumat berkaitan dengannya, dan mungkin akan memperkenalkannya seawal pertengahan tahun pertama tahun ini. Namun, ia masih tidak diketahui samada adakah ianya akan mengalami sedikit penangguhan dan sebagainya.


TIPS & ULASAN