Jaring Sedang Mencari Pemilik Baru Pada Harga Sekitar RM50 Juta?

Jaring Sedang Mencari Pemilik Baru Pada Harga Sekitar RM50 Juta?

Diterbitkan pada Mac 26, 2012 oleh .

Jaring merupakan syarikat penyedia internet terawal di Malaysia, yang mana telah dimulakan pada tahun 1992. Sejak daripada itu, sehingga ke hari ini, telah lebih kurang 20 tahun ia beroperasi, dan kini diperkatakan, Jaring sedang dalam proses mencari pemilik baru, dan sebanyak tiga pihak telah menyatakan ingin memiliki syarikat penyedia internet dan jalur-lebar itu.

Antara syarikat yang dikatakan ingin mengambil-alih Jaring termasuklah Puncak Semangat yang telah diberikan salah satu blok spektrum untuk LTE, selain CMC Engineering yang mana merupakan salah satu syarikat disebalik pembangunan LRT. Syarikat ketiga yang inginkannya masih tidak dinamakan buat masa ini.

Kementerian Kewangan, yang mana merupakan pemilik penuh Jaring meminta harga jualan sebanyak RM50 juta untuk 100% pegangan pada Jaring. Ia diperkatakan, walaupun keuntungan Jaring mungkin sedikit, tetapi ia mempunyai kontrak daripada pihak kerajaan yang melangkui RM50 juta dari segi pendapatan untuk setiap tahun.

Ini bukanlah kali pertama Jaring dikaitkan dengan penjualan, dimana sebelum ini, pada tahun 2001, Telekom Malaysia pernah menawarkan diri untuk membeli Jaring. Namun ianya tidak berakhir dengan jayanya. Beberapa tahun selepas itu, TIMEdotCom turut sama pernah menawarkan diri, tetapi ditolak sebab harga tawaran tidak mencapai apa yang diinginkan. Selain daripada TM dan juga TIME, Packet One (P1) turut sama pernah ingin memilikinya sekitar tahun 2007/08, namun tidak berjaya.

Adakah bersempena dengan 20 tahun operasi Jaring, syarikat tersebut akan terjual kepada pihak ketiga tahun ini, ataupun terus beroperasi seperti biasa?


TIPS & ULASAN