Pelan Dan Pakej Untuk Perkhidmatan HSBB Daripada P1 Kelihatan

Pelan Dan Pakej Untuk Perkhidmatan HSBB Daripada P1 Kelihatan

Diterbitkan pada Mac 26, 2012 oleh .

Setelah ia diketahui yang mana P1 akan menggunakan nama Fiber untuk perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi berwayar daripada mereka, kini, melalui forum terkemuka Lowyat, ia kelihatan, info mengenai pakej dan juga pelan untuk perkhidmatan tersebut telah pun mula kelihatan.

Berbeza dengan TM Unfi yang menawarkan perkhidmatan HyppTV secara percuma melalui perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka, P1 pula menawarkan pelan tambahan berupa modem mudah-alih mereka, sesuai untuk mereka yang selalu bergerak dari satu tempat ke yang lain.

Melalui pelan yang dipaparkan oleh salah seorang jurujual di forum Lowyat, ia kelihatan pengguna biasa boleh memilih daripada tiga pakej yang ditawarkan, iaitu samada pelan 5Mbs pada harga RM169 dengan kuota 50GB, 10Mbps pada harga RM199 dengan kuota 100GB, dan juga 20Mbps pada harga RM269 dengan kuota 200GB. Dari segi harga, untuk pakej permulaan daripada P1, ianya agak mahal, dengan beza RM20 berbanding TM, manakala untuk yang lain, berharga sama dengan pakej daripada TM. Namun hendak diambil perhatian, tawaran tambahan untuk pakej daripada TM dan juga P1 adalah berbeza. Ia juga agak mahal jikalau dilihat pelan daripada Maxis Home yang bermula daripada hanya RM128 untuk pakej 4Mbps.

Walaubagaimanapun, untuk pengguna sedia ada P1, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut pada harga yang sedikit murah, dan juga pemotongan harga pemasangan, berbanding pengguna baru.

Buat masa ini, kawasan liputan penuh masih tidak diumumkan lagi. Namun, memandangkan mereka menggunakan kabel yang sama dengan Telekom Malaysia hasil kerjasama bersama mereka, maka kawasan liputan boleh dikatakan adalah serupa.

P1 dijangka akan mengumumkan secara rasmi pelancaran P1 Fiber ini dalam minggu ini.


TIPS & ULASAN