UniFi yang dilancarkan oleh Telekom Malaysia pada tahu 2010 yang lepas, nampaknya terus berkembang dengan pesat dari hari ke hari, dan kini ia meliputi lebih daripada 1.179 juta premis seluruh negara, dengan bilangan pelanggan yang telah pun melangkaui angka 300,000 pelanggan.
Bercakap mengenai sasaran, TM mensasarkan untuk mempunyai lebih daripada 400,000 pelanggan menjelang penghujung tahun ini, dan lebih 50% premis dalam jangka masa tiga hingga ke empat tahun.
Di Asia Tenggara, Malaysia merupakan antara negara dengan bilangan pengguna jalur-lebar berkelajuan tinggi, manakala dari segi pengenalannya, Malaysia terletak dalam antara yang memperluaskan kawasan liputan dengan pantas.
Selain daripada Telekom Malaysia, beberapa syarikat lain turut sama mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan gergasi tersebut dalam menawarkan perkhidmatan HSBB mereka menggunakan infrastruktur TM, dan antaranya termasuklah Maxis, P1 dan terbaru REDtone.