Cari @ Amanz

Selain daripada SoftSpace yang dalam proses memperkenalkan perkhidmatan mereka di Malaysia, nampaknya satu lagi syarikat yang bakal memperkenalkan perkhidmatan mereka adalah SwiffPay. Berbeza dengan SoftSpace yang memfokuskan kepada pasaran Malaysia, SwiffPay dilihat turut mempunyai cawangan di Singapura, Perancis dan juga Indonesia selain Malaysia.

Melalui SwiffPay, ia menawarkan kemudahan untuk para pengguna membuat pembayaran, disamping para peniaga boleh berjimat dengan mesin pembayaran mereka, dengan hanya menggunakan peranti seperti tablet ataupun telefon pintar, dan disambungkan dengan sebuah peranti khas dalam menerima bayaran.

Peniaga yang berminat hanya perlu mendaftar, seterusnya mendapatkan peranti daripada SwiffPay. Dengan menggunakan aplikasi khas untuknya (kini ditawarkan untuk Android dan juga iOS), dan mula menerima pembayaran untuknya.

Harga dan pakej untuk peniaga di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, ia masih tidak diketahui samada adakah ianya mempunyai pelesenan daripada Bank Negara ataupun tidak. Kami juga tidak pasti samada adakah ianya diperlukan untuk beroperasi. Tetapi memandangkan kebanyakkan perkara berkaitan dengan transaksi kewangan memerlukannya, mungkin ia salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh merujuk kepada laman SwiffPay, ataupun menantikan untuk pelancaran SoftSpace kepada umum secara rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd