FoodPanda Dilancarkan – Tempah Makanan Terus Daripada Komputer Anda

FoodPanda Dilancarkan – Tempah Makanan Terus Daripada Komputer Anda

Diterbitkan pada Mac 26, 2012 oleh .

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, hari ini Rocket Internet telah pun melancarkan perkhidmatan memfokuskan pembelian makanan melalui internet mereka, iaitu FoodPanda, membolehkan para pengguna tempatan membeli makanan dengan mudah terus daripada kaca monitor mereka.

Melalui pelancaran ini mereka menawarkan makanan daripada lebih 45 restoran tempatan, dengan buat masa ini memfokuskan kepada pasaran Lembah Klang terlebih dahulu, iaitu Mont Kiara, Bukit Bintang, Cyberjaya, Bangsar dan beberapa kawasan berdekatan yang lain. FoodPanda disasarkan akan memperluaskan perkhidmatan mereka secara berperingkat kepada kawasan-kawasan lai tidak lama lagi.

FoodPanda membolehkan para pengguna mencari makanan berdekatan mereka, seterusnya memilih restoran dan makanan yang diinginkan, dan seterusnya membuat tempahan. Para pengguna hanya perlu melakukan pembayaran apabila makanan tiba kepada anda sahaja.

Setiap pilihan turut diperlihatkan dengan jangka masa untuk makanan tiba kepada anda, selain kos tambahan untuk penghantaran dan sebagainya. Anda juga boleh melihat pilihan restoran mengikut jenis makanan dan sebagainya sebelum membuat tempahan.

Selain daripada Malaysia, FoodPanda juga turut dilancarkan untuk pasaran Singapura, Thailand, Indonesia dan juga Filipina.


TIPS & ULASAN