Cari @ Amanz

Sinar Project Melancarkan Laman Corruption Tracker

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah memudahkan para pengguna mengikuti kemaskini berkaitan perbincangan mengenai akta dan sebagainya melalui Malaysian Bill Watcher, kini pembangun disebalik Sinar Project turut sama memperkenalkan laman baru mereka, dinamakan sebagai Corruption Tracker.

Seperti pada namanya, ia membolehkan para pengguna tempatan mengikuti isu dan informasi berkaitan dengan kes-kes rasuah dan sebagainya terus melalui laman tersebut dengan mudah. Ia juga memaparkan mereka-mereka yang berkaitan melalui suatu halaman ringkas padanya, memudahkan anda mengikuti apakah yang berlaku, dan siapakan yang terlibat untuk sesuatu isu.

Melalui laman tersebut, para pengguna dengan mudah boleh ketahui bilakah sesuatu kes itu mula dibincangkan, bilakah ianya berakhir, dan kos yang terlibat dengan sesuatu perkara itu. Pelbagai pautan rujukan turut disediakan, membolehkan anda mengikuti dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya.

Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai Alpha, dan dibangunkan menggunakan Plone dan juga Python. Untuk pembangun yang berminat, boleh melihat pada kod-nya di laman GitHub, manakala untuk pengguna biasa, mungkin boleh lawati laman Corruption Tracker daripada Sinar Project.


Komen ()