Angka Muat-Turun Angry Birds : Space Melangkaui 10 Juta

Angka Muat-Turun Angry Birds : Space Melangkaui 10 Juta

Diterbitkan pada Mac 26, 2012 oleh .

Pada minggu lepas, Rovio secara rasminya telah melancarkan permainan versi terbaru untuk Angry Birds mereka, didatangkan dengan fungsi-fungsi yang memfokuskan kepada graviti dan angkasa, iaitu Angry Birds : Space. Selepas hanya beberapa hari sahaja melancarkannya, Rovio menunjukkan Angry Birds masih mempunyai peminat yang ramai, dengan angka muat-turun Angry Birds : Space yang telah pun melangkaui angka 10 juta muat-turun.

Walaupun sejak sebelum ini populariti Angry Birds sememangnya tinggi, dengan sokongannya pada pelbagai platform, namun akhir-akhir ini, seperti ramai yang mengatakan mula bosan dengan permainan menembak watak babi tersebut. Tetapi, Rovio seperti biasa, menunjukkan permainan yang dihasilkan mereka itu masih mempunyai peminat tersendiri, dan mampu mencapai angka muat-turun melebihi 10 juta dalam jangka masa kurang 3 hari.

Namun, Rovio tidak mengeluarkan sebarang statistik mengikut platform. Angry Birds : Space ditawarkan secara percuma untuk platform Android, manakala berbayar untuk iOS, Windows dan juga Mac OS X, selain mana Rovio mengatakan sedang dalam proses membangunkannya untuk Windows Phone.


TIPS & ULASAN