Cari @ Amanz

Bagi mereka yang gemar menguruskan dan mengedit dokumen secara atas-talian, Zoho merupakan salah satu pilihan yang menarik, selain daripada Google Docs dan lain-lain. Setelah sekian lama memerlukan pengguna menggunakan perkhidmatan web mudah-alih mereka, kini Zoho secara rasminya telah pun memperkenalkan aplikasi mudah-alih mereka untuk platform Android dan juga akan menyusul untuk iOS dalam masa terdekat.

Melalui Google Play, para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Zoho Docs dan menggunakannya pada peranti Android mereka secara percuma, membolehkan anda mengakses dokumen-dokumen yang dibina melalui Zoho Writer, Zoho Sheet, Zoho Show dan juga Zoho Docs.

Walaubagaimanapun, salah satu kekurangan yang terdapat padanya adalah tiada kebolehan mengedit yang diperkenalkan buat masa ini. Para pengguna hanya boleh memuat-naik dan juga melihat dokumen mereka, selain melakukan carian dokumen padanya. Mungkin sokongan edit akan diperkenalkan pada versi akan datang.

Jadi, bagi anda yang berminat, mahupun yang aktif menggunakan Zoho, mungkin anda boleh memasang Zoho Docs pada peranti Android anda, dan memudahkan anda mengakses dokumen dengan mudah melalui peranti mudah-alih anda. Menurut pihak Zoho, aplikasi iOS sedang menunggu kebenaran daripada pihak Apple, dan mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd