Google Memperlihatkan Pautan Google Play Pada Bar Navigasi Utama

Google Memperlihatkan Pautan Google Play Pada Bar Navigasi Utama

Diterbitkan pada Mac 27, 2012 oleh .

Setelah menjenamakan pelbagai perkhidmatan jual-beli kandungan dibawah nama Google Play, nampaknya kini Google mula komited dalam mempromosikannya secara lebih meluas, dengan menyertakan pautan akses pantas kepada laman Google Play, terus melalui bar navigasi utama mereka. Bermula daripada hari ini, ia kelihatan tambahan pautan Google Play dengan label Beta pada navigasi Google utama, memudahkan pengguna mengaksesnya.

Sebelum ini, pada awal bulan ini, Google secara rasminya telah memperkenalkan Google Play sebagai destinasi baru untuk mendapatkan kandungan digital daripada Google, termasuk sebagai nama baru untuk Android Market. Memandangkan buat pengguna tempatan, Google masih belum menyokong jual-beli muzik, lagu, gilem dan sebagainya, kita hanya dapat melihat sokongan jualan aplikasi Android sahaja buat masa ini.

Namun, dengan pengenalan dan promosinya melalui bar navigasi utama, mungkinkah kelak kita akan kelihatan penjualan lagu, filem dan sebagainya kepada para pengguna seluruh dunia, ataupun adakah ianya hanya sekadar ujian daripada Google sahaja buat masa ini?


TIPS & ULASAN