Cari @ Amanz

HTCSense.com merupakan salah satu perkhidmatan tambahan daripada pihak HTC, yang mana menawarkan pelbagai perkara, termasuk sokongan salinan pendua untuk data-data pada telefon pintar HTC, dan turut disertakan bersama sokongan seperti melihat lokasi telefon pintar anda, mengawal tetapannya dan banyak lagi. Namun, kini kelihatan HTCSense.com akan diberikan nafas baru, dan perkhidmatan sedia ada akan ditutup oleh pihak HTC.

Melalui pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak HTC hari ini, mereka meminta para pengguna memuat-turun ke semua data daripada laman tersebut sebelum 30 April, sebelum ianya dipadam selamanya melalui laman tersebut.

Untuk sokongan salinan pendua untuk data dan juga perkara lain yang disertakan pada HTCSense.com, mereka kini membawa pengguna kepada laman Google Play, membolehkan para pengguna mendapatkan aplikasi alternatif untuknya.

Berkenaan dengan masa depan HTCSense.com, ia masih lagi tidak diketahui apakah yang bakal ditawarkan oleh mereka. Sebelum ini, pada pelancaran HTC One yang lepas di Mobile World Congress, pihak HTC telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan sokongan storan data sehingga 25GB secara percuma melalui DropBox. Dan mungkin ia adalah salah satu langkah kenapa HTC mula menamatkan perkhidmatan tersebut. Tetapi, untuk perkhidmatan alternatif seperti sokongan menemui telefon dan sebagainya, ia masih lagi tidak diketahui apakah yang bakal dibawakan melalui HTCSense.com kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd