Cari @ Amanz

HP Envy 14 Spectre merupakan salah satu ultrabook daripada pengeluar komputer terkemuka, Hewlett-Packard. Kini, ia kelihatan HP Malaysia sedang dalam fasa terakhir untuk membawa masuk Ultrabook tersebut ke pasaran tempatan, dan bakal melancarkannya secara rasmi pada minggu hadapan di Malaysia. Harga jualannya dijangka adalah sekitar RM4,999 dan kami akan membawakan pengesahannya pada minggu hadapan.

HP Envy Spectre sebelum ini telah diperkenalkan pada CES 2012, menawarkan rekabentuk badan yang amat menarik dan disukai ramai, serta didatangkan dalam bentuk saiz sebesar 14-inci, dijana cip pemprosesan Intel i5, pilihan memori samaada 4GB atau 8GB, sokongan audio Beats, dan menggunakan sistem operasi Windows 7. HP juga mengatakan ia mampu bertahan sehingga 9.5 jam melalui bateri yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Selain daripada itu, HP Envy 14 Spectre turut menyertakan beberapa sokongan asas yang terdapat pada Ultrabook, termasuk sokongan memulakan sistem dengan serta-merta, rekabentuk yang nipis, dan pelbagai perkara yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd