UMobile Bakal Menawarkan Peranti HTC One X Dan HTC One V

UMobile Bakal Menawarkan Peranti HTC One X Dan HTC One V

Diterbitkan pada Mac 27, 2012 oleh .

UMobile hari ini memulakan langkah awal dengan mengeluarkan kemaskini dan berkongsi video HTC One X dan juga HTC One X pada laman Facebook mereka, selain turut menyediakan halaman khas untuk pendaftaran minat, dan mendapat notifikasi awal apabila ianya dilancarkan kelak bersama pelan dan pakej khas daripada mereka.

HTC One X menjadi salah satu peranti yang dinantikan ramai. Ia telah diperkenalkan secara rasminya oleh HTC pada acara Mobile World Congress yang diadakan pada penghujung bulan lepas, dan disasarkan untuk dimulakan jualannya di Malaysia pada minggu ini atau selewatnya minggu hadapan.

Melalui HTC One X, ia membawakan skrin sentuh bersaiz 4.7-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, kamera 8-megapixel bersama HTC ImageChip dibahagian belakang dengan kebolehan rakaman video dan gambar pada masa yang sama, kamera hadapan 1.3-megapixel, sokongan audio Beats, dan didatangkan bersama-sama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

HTC One V pula membawakan cip pemprosesan 1GHz, skrin sentuh seluas 3.7-inci, kamera 5-megapixel dengan sokongan HTC ImageChip, sokongan audio Beats, dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan juga HTC Sense 4.0.

Harga jualan untuknya masih lagi tidak diketahui buat masa ini, namun disasarkan beberapa syarikat telekomunikasi tempatan lain, selain daripada UMobile turut sama akan menawarkannya.


TIPS & ULASAN