Cari @ Amanz

Ketika permulaan zaman kegemilangan Twitter dan Facebook sebelum ini, Yahoo! pernah turut menyertai industri perkongsian sosial, dan blog-mikro melalui Yahoo! Meme. Namun, ia seperti tidak mendapat permintaan yang tinggi, dan kini Yahoo! telah pun mengumumkan mereka akan mematikan perkhidmatan tersebut pada 25 Mei 2012 kelak.

Menurut Yahoo!, dalam usaha untuk memfokuskan kepada aplikasi dan kandungan web, mereka ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kelebihan mereka, dan membawakan lebih banyak inovasi baru. Perkara penutupan Yahoo! Meme ini mungkin tidak dipedulikan ramai pengguna, kerana pengguna tempatan seperti tidak aktif menggunakan perkhidmatan tersebut.

Yahoo! Meme

Walaubagaimanapun, sekiranya anda pernah menggunakan atau masih menggunakannya, dan ingin mendapatkan data-data yang pernah anda kongsikan, boleh memuat-turunnya dan menyimpan sebagai salinan anda, sebelum perkhidmatan tersebut ditamatkan sepenuhnya pada 25 Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd