Lazada Malaysia Dilancarkan – Pembelian Peralatan Elektrik Kini Lebih Mudah

Lazada Malaysia Dilancarkan – Pembelian Peralatan Elektrik Kini Lebih Mudah

Diterbitkan pada Mac 27, 2012 oleh .

Nampaknya, Rocket Internet kelihatan amat aktif akhir-akhir ini dengan melancarkan satu demi satu laman jualan mereka. Selepas semalam kami melaporkan yang mana laman pembelian makanan dengan mudah melalui atas-talian, FoodPanda dilancarkan, hari ini pula, mereka melancarkan laman Lazada Malaysia yang dinantikan ramai.

Lazada Malaysia boleh dikatakan dinantikan kebanyakkan pengemar barangan IT dan peralatan elektrik tempatan. Melalui laman tersebut, ia membolehkan para pengguna membeli barangan dan peralatan elektrik, termasuk komputer, televisyen, telefon pintar, tablet dan sebagainya dengan mudah, dan dihantar terus ke rumah anda secara percuma.

Sebelum ini, Rocket Internet turut telah melancarkan laman yang sama untuk pasaran Indonesia, dan minggu ini mereka telah pun memperkenalkannya kepada para pengguna tempatan. Bagi para pengemar barangan eletkrik dan gajet semasa, mungkin Lazada Malaysia menjadi salah satu laman kegemaran anda selepas ini.

Pada masa yang sama, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak laman jualan daripada Rocket Internet diperkenalkan dalam minggu-minggu akan datang.

TIPS & ULASAN