Cari @ Amanz

Google sememangnya mempunyai sasaran yang amat besar dengan platform sosial mereka, Google+. Selain daripada Hangout yang digunakan ramai, ia kini diperkatakan Google sedang dalam proses untuk memperkenalkan perkhidmatan komen mereka sendiri, seumpama Disqus, ataupun Facebook Comment. Namun tiada sebarang latar masa diberikan buat masa ini.

Pada masa kini, ia boleh dikatakan penggunaan platform komen Facebook agak popular, memandangkan ianya diintegrasikan bersama-sama platform sosial tersebut, membolehkan para pembangun web dan kandungan menyampaikan kandungan mereka dengan lebih meluas kepada lebih ramai pengguna.

Namun, semestinya sekiranya Google turut memperkenalkan platform komen mereka sendiri, ia bakal memberikan kesan yang lebih meluas. Memandangkan Google mempunyai platform blog tersendiri, Blogger, ia mudah untuk dipopularkan, dan semestinya Google akan lebih mudah mengindex kandungan komen pada enjin carian popular mereka, disamping turut mengintegrasikannya pada laman sosial Google+ mereka.

Mungkin perkara ini masih lagi pada peringkat awal, dan semestinya ia akan menjadi salah satu perkara menarik untuk dilihat dalam arena web apabila Google melancarkan platform komen mereka sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd