Permainan Zynga Bakal Hadir Pada Platform Xbox Tidak Lama Lagi?

Permainan Zynga Bakal Hadir Pada Platform Xbox Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Mac 27, 2012 oleh .

Zynga akhir-akhirnya tampak agak aktif, dimana baru-baru ini telah menambah syarikat disebalik aplikasi Draw Something yang menjadi fenomena beberapa minggu kebelakangan ini. Dan melalui sebuah temuramah ringkas bersama pihak GigaOM, Zynga mengatakan mereka mungkin akan membawakan permainan mereka ke platform Xbox tidak lama lagi.

Menurut pembangun Zynga, mereka sedang membangunkan teknologi yang membolehkan mereka menggunakan dan memindahkan data permainan daripada satu platform ke platform lain dengan mudah. Ketika temuramah tersebut, CEO Zynga, menyebut konsol Xbox secara spesifik, memperlihatkan yang mana mungkin permainan sosial daripada Zynga akan tiba di Xbox Live.

Namun, mungkin ianya bukan dalam masa terdekat. Dan pada masa yang sama mungkin ianya agak kurang realistik untuk memainkan permainan daripada Zynga dimainkan pada Xbox, memandangkan kebanyakkan pemain yang menggunakan konsol seperti Xbox, PlayStation dan sebagainya mungkin inginkan permainan yang lebih mencabar dengan grafik yang lebih tinggi.

Tetapi, apa pun tidak mustahil, dengan lebih ramai yang inginkan permainan secara kasual, disamping Xbox Live yang diintegrasikan pada Windows Phone dan juga Windows 8.


TIPS & ULASAN