BlueStacks App Player Dikemaskini – Versi Beta Sedia Untuk Dimuat-Turun

BlueStacks App Player Dikemaskini – Versi Beta Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mac 27, 2012 oleh .

Bagi pengemar aplikasi Android, mungkin anda sedia ketahui akan aplikasi BlueStacks App Player, yang membolehkan anda memainkan dan menggunakan aplikasi Android pada platform Windows. Kini, pada hari ini, pembangunnya telah pun memperkenalkan aplikasi BlueStacks App Player Beta kepada platform Windows selepas hanya menguji dalam bentuk alpha sebelum ini.

Melalui BlueStacks App Player Beta yang diperkenalkan ini, ia membawakan sokongan yang lebih stabil lagi berbanding sebelumnya, selain pada masa yang sama membawakan prestasi yang lebih baik berbanding sebelumnya. Versi beta juga turut sama menyertakan beberapa aplikasi khas bersama-sama dengannya, membolehkan para pengguna yang memasang BlueStacks terus mengakses beberapa aplikasi terus padanya. Antara pembangun yang bekerjasama bersama BlueStacks adalah termasuk Evernote, HandyGames dan juga HalfBrick iaitu syarikat disebalik permainan popular Fruit Ninja.

BlueStacks App Player Beta yang dilancarkan ini menyokong Windows XP, Vista dan juga Windows 7, dan boleh digunakan secara percuma. Walaupun ia mungkin seperti tidak menarik buat masa ini, namun dengan pelancaran Windows 8 yang semakin hampir, semestinya BlueStacks App Player ini akan membawakan perubahan besar dalam cara pengguna menggunakan pelayar web, apatah lagi akan memudahkan pengguna tablet Windows 8 mengakses ratusan ribu aplikasi Android dengan mudah.


TIPS & ULASAN