Cari @ Amanz

Sehingga ke hari ini, kami masih tidak ketahui bilakah P1 Fiber akan dilancarkan secara rasminya. Sebelum ini, kami mendengar ia akan dilancarkan pada 27 atau 28 Mac, namun tiada maklumat lanjut berkaitan dengan pelancarannya kedengaran. Walaupun begitu, hari ini kelihatan pihak P1 telah menambah sebuah halaman baru, memperlihatkan pakej, pelan dan kawasan liputan untuk P1 Fiber.

Seperti semua sedia maklum, bagi yang mengikuti perkembangannya, sebelum ini, pelan P1 Fiber telah pun diperlihatkan, menunjukkan tiada perbezaan drastik berbanding UniFi dari segi harga. Pelan dan pakej yang diperlihatkan adalah serupa seperti apa yang tersebar sebelum ini, menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi berwayar, dan juga modem mudah-alih untuk digunakan bersama, dibawah nama One Plan.

Ia juga kelihatan, mereka yang melanggan P1 Fiber tertakluk kepada kontrak selama 24 bulan menggunakannya. Dari segi kawasan liputan, ia menyediakan sebuah halaman khas untuk menyemaknya setelah anda memilih pelan yang dikehendaki. Namun daripada apa yang kelihatan, kawasan yang mempunyai dan diliputi oleh UniFi disokong juga oleh P1 Fiber, dan tidak diketahui samada adakah P1 akan menambah kawasan mereka sendiri, seperti mana Maxis melakukannya untuk Maxis Home.

Jadi, dengan adanya P1 Fiber, ia menambah lagi penyedia internet jalur-lebar berkelajuan tinggi, selain daripada Telekom Malaysia, Maxis, TIMEdotCOM dan juga Jaring.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd