Cari @ Amanz

Nampaknya, hari ini pihak Avira bergiat agak aktif, selain daripada melancarkan aplikasi Android mereka secara rasminya, mereka juga turut sama melancarkan perisian antivirus mereka untuk para pengguna Mac, membolehkan para pengguna OS X memuat-turun dan menggunakannya secara percuma, selain pada masa yang sama melindungi sistem mereka.

Menurut Avira, dari hari ke hari, bilangan kes yang dilaporkan berkaitan dengan malware dan yang berkaitan dengannya untuk platform OS X semakin meningkat. Pada masa yang sama, pengguna OS X juga secara tidak langsung menyumbang dalam penyebaran virus untuk Windows, walaupun ia tidak memberikan kesan langsung pada sistem mereka. Melalui Avira Mac Security, ia membolehkan pengguna OS X melindungi sistem mereka daripada kedua-dua perkara utama ini.

Avira Mac Security ditawarkan kepada para pengguna Snow Leopard dan juga Lion, dan boleh dimuat-turun oleh mereka yang menggunakan sistem operasi tersebut secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd