Cari @ Amanz

Sokongan HTML5 pada pelayar web kini telah menjadi salah satu komponen utama, dengan kebanyakkan pembangun pelayar web telah pun mulakan sokongannya sejak daripada tahun lepas. Dan kini, dalam terus mempromosikan HTML5 kepada semua, pengguna dan pembangun, Mozilla melancarkan sebuah permainan berasaskan HTML5 dinamakan sebagai BrowserQuest.

Melalui BrowserQuest, ia membawakan kembali bentuk permainan seperti permainan klasik, membolehkan pengguna berjalan-jalan pada peta yang disediakan, dan pada masa yang sama mencari senjata yang hebat, dan berlawan dengan watak-watak lain. Memandangkan ianya merupakan berasaskan pelayar web, maka para pengguna boleh berinteraksi dengan rakan-rakan lain pada masa yang sama, terus pada permainan tersebut.

Selain daripada melancarkan permainan tersebut, Mozilla juga turut sama mengeluarkan kod sumber permainan tersebut, membolehkan pembangun yang berminat melihat bagaimana mereka membangunkan permainan berasaskan BrowserQuest itu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd