Sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, kita boleh lihat yang mana Samsung amat giat mempromosikan peranti Galaxy Note mereka kepada umum, dengan membuat pelbagai promosi dipelbagai lokasi seluruh negara mahupun dunia. Dan kini, melalui statistik semasa yang diumumkan mereka, Samsung mengatakan Galaxy Note telah terjual sebanyak lebih daripada 5 juta unit di seluruh dunia buat masa ini.
Peranti yang bersaiz 5.3-inci dengan sokongan stylus dinamakan sebagai S Pen telah pun mendapat pujian ramai dari seluruh dunia, disamping pengguna yang menyukai akan skrin dan juga saiznya yang besar dan sedap untuk dipegang.
Buat masa ini, Samsung masih lagi belum mengumumkan bilakah ianya akan menerima kemaskini Ice Cream Sandwich. Selain daripada Galaxy Note bersaiz 5.3-inci, Samsung juga pada acara Mobile World Congress yang lepas, telah memperkenalkan Galaxy Note 10.1 yang membawakan tablet dengan sokongan S Pen. Namun ia tidak diketahui bilakah peranti tersebut akan mula dijual di Malaysia mahupun pasaran global.