Aplikasi Twitter Untuk Desktop – MetroTwit 1.0 Dilancarkan

Aplikasi Twitter Untuk Desktop – MetroTwit 1.0 Dilancarkan

Diterbitkan pada Mac 28, 2012 oleh .

Selain daripada TweetDeck, salah satu aplikasi Twitter untuk desktop yang popular adalah MetroTwit, dan kini mereka telah pun melancarkan versi terbaru aplikasi mereka, iaitu MetroTwit 1.0, yang mana pada masa yang sama turut membawakan sokongan untuk sistem operasi generasi baru daripada Microsoft, iaitu Windows 8.

MetroTwit, seperti pada namanya, dibangunkan dengan memfokuskan kepada antaramuka Metro yang dipopularkan oleh Microsoft melalui Windows Phone dan juga Windows 8. Rekabentuknya juga amat mudah, dan ringkas untuk digunakan untuk semua pengguna.

Melalui MetroTwit 1.0, ia membawakan pelbagai tambahan pada aplikasi tersebut, termasuk sokongan lebih daripada satu akaun, menapis kandungan mengikut pilihan anda, sokongan menambah pengguna kepada List, menggunakan pemendek URL t.co milik Twitter sendiri, dan pelbagai sokongan baru padanya.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, mungkin anda boleh memuat-turun dan mencuba MetroTwit 1.0 hari ini, selain daripada aplikasi lain seperti TweetDeck dan sebagainya.


TIPS & ULASAN