Carian
Jom Sertai HackWeekend 3 Pada Penghujung Minggu Ini
March 28, 2012 Aman

Bagi mereka yang gemar merekabentuk dan membangunkan aplikasi, salah satu acara yang tidak boleh dilepaskan adalah HackWeekend. Pada tahun ini, HackWeekend pertama bakal diadakan pada penghujung minggu ini, membolehkan para peserta membangunkan aplikasi berdasarkan tema yang diberi dalam tempoh lebih kurang 24 jam.

Sebelum ini, acara ini telah diadakan beberapa kali, dan pelbagai aplikasi yang menarik telah dibangunkan. Malah, beberapa aplikasi turut sama telah mendapat perhatian ramai, seperti TaxiWatch yang dijenamakan semula kepada TaxiMonger, dan kini menawarkan perkhidmatan mereka kepada beberapa negara disekitar Asia Tenggara selain hanya Malaysia.

Bagi anda yang berminat, jangan lupa mendaftarkan diri, dan menyertai yang lain, selain menemui pembangun dan perekabentuk dengan idea yang lebih baik pada acara tersebut kelak. HackWeekend #3 bakal diadakan di Pusat Sains Negara pada 31 Mac ini, yang bukan sahaja disertai pembangun tempatan, tetapi juga pembangun daripada luar negara. Beberapa rakan Amanz juga akan berada disana pada acara tersebut.

Komen