Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang sering ditanya oleh ramai pengguna adalah, adakah Android lebih baik ataupun iOS lebih baik. Semestinya kedua-dua mempunyai penggunanya yang tersendiri, dan ia masih bergantung kepada para pengguna itu tersendiri apakah pilihan peranti mereka, dan untuk apa mereka ingin gunakannya.

Melalui sebuah video ringkas yang dibangunkan oleh salah seorang pengguna Android, selepas menggunakan iOS selama 30 hari, beliau memperlihatkan beberapa perbandingan dengan platform iOS, memperlihatkan mengapa Android lebih baik dan menarik.

Antara perkara yang disokong termasuk sokongan pelayar web dan kawalan aplikasi yang lebih baik, membolehkan para pengguna membuat pilihan aplikasi utama mereka, samada dari segi pelayar web, pemetaan, dan sebagainya. Manakala pada iOS, ia kelihatan walaupun menggunakan pelayar web pihak ketiga seperti Dolphin, jikalau membuka pautan dan sebagainya, ia turut membawa pengguna kepada Safari.

Selain itu, sokongan widget yang terdapat pada Android memudahkan aplikasi diakses dengan mudah lagi. Android juga membawakan butang kawalan yang lebih konsisten sekiranya ingin menavigasi kebelakang pada sesuatu aplikasi. Ia dijayakan melalui butang yang terdapat pada peranti sendiri, berbanding untuk iOS yang mana bergantung kepada pembangun aplikasi, dimana mereka ingin meletakkan butang kebelakangan, menjadikannya kurang konsisten.

Beberapa perkara lain yang turut disentuh dalam ulasan yang dilakukan pada video tersebut, termasuklah sokongan multi-tasking, kemudahan untuk memadamkan aplikasi, dan juga sokongan ringtone dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, pilihan akhir masih pada pengguna, untuk memilih peranti berdasarkan kemampuan dan juga tujuan masing-masing untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Layari laman Droid.my untuk lebih banyak artikel memfokuskan Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd