Setelah melancarkan Google Maps Malaysia pada tahun 2009 yang lepas, hari ini Google terus menambah beberapa fungsi baru padanya, menjadikan sistem pemetaan mereka lebih menarik, dengan data-data dalam bentuk masa nyata padanya. Melalui kemaskini yang diperkenalkan, ia turut membawakan sokongan bahasa Malaysia padanya.
Selain daripada sokongan masa nyata, dua fungsi utama yang menarik diperkenalkan adalah sokongan trafik dan juga transit, membolehkan para pengguna mengetahui data-data berkaitan keadaan trafik semasa disesebuah lokasi. Namun, fungsi ini hanya menyokong beberapa kawasan utama sahaja buat masa ini.
Pada masa yang sama, ia turut membawakan sokongan transit, membolehkan para pengguna bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan lebih mudah dan pantas menggunakan kenderaan awam.
Kesemua sokongan ini boleh diakses melalui Google Maps Malaysia hari ini, selain daripada melalui peranti Android anda mulai hari ini.