Cari @ Amanz

Ura-ura berkaitan dengan tablet daripada Google bukanlah sesuatu yang baru. Hari ini, WSJ melaporkan yang mana Google bakal kelak mula menjual dan mempromosikan tablet Android, membolehkan para pengguna membeli terus daripada Google, tanpa perlu melalui pihak lain (lebih kurang sama seperti Apple Store).

Ia masih tidak diketahui samada adakah ianya bakal menjadi salah satu bahagian pada Google Play kelak, ataupun Google bakal memperkenalkan kedai atas-talian khas untuk mereka yang berminat mendapatkan tablet.

Namun, ia dikatakan, bukannya Google yang akan mengeluarkan tablet tersebut, tetapi akan dihasilkan oleh pengeluar ketiga. Antara syarikat yang dinamakan adalah termasuk Asus dan juga Samsung. Walaubagaimanapun, ia akan menyertakan penjenamaan Google, dan mungkin kita akan dapat melihat kemaskini diperkenalkan dengan lebih pantas padanya.

Tetapi, salah satu perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah adakah ianya akan menyokong pengguna global ataupun dikhaskan kepada pengguna Amerika Syarikat sahaja. Sebelum ini, Google pernah mencuba sesuatu yang serupa untuk peranti Nexus One mereka, tetapi hanya difokuskan kepada pengguna Amerika Syarikat sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd