Carian
Lebih RM2.75 Billion Kerugian Disebabkan Jenayah Siber Sepanjang Lima Tahun Terakhir
March 30, 2012 Aman

Jenayah siber kelihatan menaik dari tahun ke tahun, dimana sebelum ini CyberScurity telah mengeluarkan angka, mengatakan ia meningkat sebanyak 88% sepanjang 2011. Dan hari ini, melalui angka berkaitan kewangan yang dikeluarkan, ia memperlihatkan sebanyak lebih RM2.75 billion kehilangan sepanjang lima tahun lepas.

Salah satu sektor yang menjadi mangsa utama adalah sektor kewangan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh lebih banyak laman-laman berbentuk phishing yang ditujukan dan menyerupai laman perbankan tempatan, disamping didikan berkaitan sekuriti yang masih kurang di Malaysia.

Namun, akhir-akhir ini, beberapa laman perbankan telah mengambil langkah awal, dengan meningkatkan sekuriti laman mereka, disamping memperkenalkan beberapa kaedah baru dalam mengelakkan pengguna menjadi mangsa.

Selain daripada itu, jual-beli di internet juga sering dikaitkan dengan beberapa penipuan akhir-akhir ini, dimana barangan yang dibeli dan apa yang diterima tidak sama.

Tahun lepas sahaja, pelbagai perkara berkaitan dengan industri ICT dn sekuriti berlaku, dan antara yang utamanya adalah laman-laman pengiklanan tempatan yang digodam, disamping beberapa laman kerajaan yang menjadi mangsa apabila mereka menghalang lebih kurang 10 laman perkongsian fail di Malaysia.

Komen