Cari @ Amanz

Jikalau Google cuba mencabar laman sosial terkemuka melalui Google+, kini Facebook pula dilihat mengambil cabaran tersebut, dan melalui apa yang kedengaran, ia diperkatakan Facebook sedang dalam proses membangunkan carian yang lebih baik lagi.

Walaubagaimanapun, ia dikatakan apa yang sedang dibangunkan oleh Facebook, lebih kepada berdasarkan penggunaan laman sosial dan perkhidmata mereka sendiri, dan bukannya enjin carian umum seperti Google.

Melalui apa yang bakal diperkenalkan itu, ia akan membolehkan para pengguna dengan mudah mencari artikel berdasarkan “Like” oleh rakan-rakan mereka dan juga berdasarkan sokongan OpenGraph. Ini sekaligus akan memudahkan para pengguna menemui artikel, video, audio, dan gambar berdasarkan apa yang dikongsi dan dibaca oleh rakan-rakan mereka.

Ia juga bakal membolehkan Facebook menjana pendapatan tambahan melalui iklan yang diperlihatkan pada keputusan carian padanya kelak.

Buat masa ini, bilakah ianya akan dilancarkan, masih lagi tidak diketahui, dan disasarkan akan mengambil masa yang lama lagi sebelum selesai sepenuhnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd