Cari @ Amanz

DiGi Bakal Menawarkan HTC One X Dan HTC One V

Oleh Aman

Link Copied!

Selepas UMobile mengeluarkan promosi dan pra-daftar untuk HTC One X, kini DiGi turut sama telah memperlihatkan yang mana mereka akan menawarkan peranti tersebut kepada para pelanggan mereka, disamping peranti HTC One V melalui pakej dan pelan khas daripada DiGi.

Buat masa ini, harga peranti tersebut secara rasmi masih lagi tidak diketahui. Namun, beberapa kedai telah pun mengambil pra-tempahan pada harga RM2099 untuk HTC One X. Tetapi melalui pakej dan pelan khas daripada syarikat telekomunikasi, semestinya harga tersebut akan menjadi lebih murah lagi.

Melalui HTC One X, ia menawarkan peranti dengan cip pemprosesan empat-teras, sokongan kamera dengan ImageSense, dan beberapa perkara tambahan lain lagi. One X juga bakal menjadi peranti utama Android daripada HTC sepanjang tahun ini, dimana melalui sasaran baru mereka, HTC ingin memfokuskan kepada kualiti dan bukannya kuantiti.

Di Malaysia, HTC bakal melancarkannya secara rasmi pada 2 April, dan mungkin penjualannya akan turut dimulakan pada tarikh yang sama.


Komen ()